Individu bandingkan Blackpink dengan Tok Ti, peminat pertahankan – “Dia tak tahu ke..”

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti ini. Sejak dari awal kemunculannya bergelar anak seni, peminat dan penyokongnya tidak pernah berkurang malah bertambah kerana bakat yang ada pada Dato’ Sri Siti Nurhaliza bukanlah calang-calang.

Bagaimanapun, baru-baru ini ada pula netizen yang membandingkan bakat yang ada pada penyanyi kesayangan ramai itu dengan kumpulan penyanyi dari Korea, Blackpink.

Sponsored
Blackpink

Umum sedia tahu pada hujung minggu lalu telah berlangsungnya beberapa konsert iaitu Blackpink dan Bulan Bintang. Di konsert Bulan Bintang dihimpunkan barisan penyanyi terkenal tanah air termasuklah Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Menerusi perkongsian semula oleh seorang pengguna Tiktok, dia memuat naik semula satu ciapan dari Twitter yang bandingkan Blackpink dengan Tok Ti.

Sponsored

Disebabkan isu bandingkan Blackpink dengan Tok Ti ini, pengguna TikTok berkenaan berkongsikan statistik kejayaan sepanjang zaman penyanyi kesayangan ramai ini.

Bagaimanapun, meninjau di ruangan komen rata-rata warganet bersetuju dengan pemilik akaun TikTok tersebut. Malah di Twitter pemilik akaun yang memperlekehkan Tok Ti ini sudah pun memadam ciapan pendapatnya itu.

Sponsored
Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Dia tak tau ke Tok Ti ada aura super saiya..Konsert 2004 tu pun dah boleh buktikan Tok Ti dah lama kalahkan BP”

“Dia mungkin tak tau Tok Ti kalau wat konsert showmanship dia macam mana. Kita pun tak tau aura dia datang dari mana”

“Suruh dia tengok AJL 18 please hahaha. Tak pun concert Siti nyanyi lagu rancak..Aiyooo”

SumberTikTok