Individu ‘review’ kondominium mewah Shuib Sepahtu jadi tumpuan ramai, “Puas hati tau”

Sponsored

Perjalanan kerjaya dan kehidupan bahagia pasangan popular, Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah bukanlah satu rahsia lagi bagi peminat yang mengikuti perkembangan mereka. Selepas setahun pemergiaan isteri tercinta, Shuib Sepahtu pernah memberitahu hasratnya untuk mengubah suai kediaman mereka namun terbatal disebabkan dapat merasa seolah-olah arwah Siti Sarah tidak setuju.

Walau bagaimanapun, seorang individu menjadi tumpuan ramai apabila tampil mengulas tentang kondominium mewah milik Shuib Sepahtu itu. Dia yang menerangkan tentang kondominium tersebut yang dihadiahkan buat arwah Siti Sarah sebagai tanda penghargaan yang melahirkan anak ketiga mereka.

Sponsored

Review kondominium Shuib Sepahtu

Meskipun begitu, kondominium mewah yang didiami Shuib Sepahtu bersama ahli keluarganya itu sebelum ini pernah tular. Kondominium mewah berkembar itu difahamkan berada di Puchong yang mana ia disiapkan pada tahun 2015 dan mempunyai 11 blok dan memiliki enam tingkat pada setiap blok.

Sponsored

Ia juga terdapat pelbagai kelengkapan disediakan seperti kolam, gim dan sebagainya. Pemilik akaun atas nama, Syafirulizwan mengulas panjang dalam perkongsian videonya ini menarik tumpuan ramai dengan ditinggalkan lebih 20,000 tanda suka selain ia tular menerima ratusan komen ramai.

Selain Shuib Sepahtu, netizen juga membuat permintaan agar rumah rakannya, pelawak Jep Sepahtu pula di ‘review’ oleh individu berkenaan. Dalam pada itu, netizen juga hadir dengan pelbagai reaksi diruangan komen.

Sponsored

Rumah Jep Sepahtu pulak bang’

Shuib

Wow’

Huhu lalu depan kondo ni mewah…’