Influencer Review Makanan Sekali Lagi Ditegur, “Tak Sopan Langsung…”

Sponsored

Sejak beberapa hari lalu kecoh di sosial media dengan muat naik video yang menunjukkan influencer review makanan. Apa yang menjadi bualan hangat ramai ada gaya individu berkenaan buat ulasan mengenai makanan yang dijamahnya.

Ramai berpendapat cara influencer ini buat ulasan makanan nampak agak tidak senonoh dan membuatkan warganet loya serta geli. Dalam rakaman tersebut dipaparkan influencer tersebut hadir ke sebuah restoran untuk membuat review.

Sponsored

Dihidangkan dengan pelbagai makanan dan influencer berkenaan bersama rakan-rakannya mula makan setiap satu darinya. Berikut adalah rakaman yang tular itu:

Tidak cukup dengan video tersebut dikritik, satu lagi rakaman review makanan di sebuah restoran makanan India pula menjadi perhatian ramai. Dalam rakaman itu sama seperti sebelum ini influencer bersama rakan-rakannya hadir ke restoran berkenaan untuk membuat ulasan.

Sponsored

Namun apa yang membuatkan ramai kurang senang adalah mereka mula membuat aksi mengerakkan kepala sama seperti masyarakat berbangsa India. Disebabkan itu ada netizen yang berpendapat mereka ini seakan mengejek bangsa berkenaan.

Menerusi quotes Tweet dari salah seorang pengguna Twitter yang kurang senang dengan perbuatan berkenaan, dia menegur kumpulan influencer itu.

Sponsored

Malah ada juga yang bersetuju dengan pendapat pengguna Twitter berkenaan yang akui tidak selesa dengan perbuatan influencer review makanan ini. Berikut antaranya:

Biarpun begitu, kumpulan influencer review makanan tersebut ada membuat permohonan maaf dan menerima teguran mengenai perihal yang dibangkitkan itu.

SumberTwitter