Setiap kali berkunjung ke tempat-tempat yang menarik, mestilah kita akan mengambil gambar kan? Ada masanya kita terpaksa meminta bantuan orang lain untuk merakamkan gambar. Baru-baru ini, isteri kepada pelakon Remy Ishak berkongsikan satu pengalaman lucu yang berlaku pada suaminya.
Lumrah sebagai selebriti, pastinya akan selalu diserbu oleh peminat ketika berada di tempat awam. Namun kali ini, Remy Ishak pula yang membantu mengambil gambar pasangan ini semasa berkunjung ke Tasik Cermin, Perak baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik di Tik Tok, isteri kepada Remy Ishak berkongsikan gelagat suaminya yang sedang gigih merakamkan gambar untuk pasangan ini. Rupa-rupanya, pasangan tersebut tidak sedar dan langsung tidak tahu yang mengambil gambar mereka itu adalah selebriti terkenal tanah air.
Perkongsian tersebut turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya terkejut dengan situasi itu. Malah ada juga yang berseloroh mengatakan tidak perasan lelaki yang sedang mengambil gambar itu adalah Remy Ishak.
Mungkin juga kerana penampilan pelakon itu yang memakai pelitup muka, bertopi dan turut mengenakan kaca mata hitam. Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat gelagat Remy yang begitu gigih mengambil gambar.
Dalam masa yang sama, empunya diri turut meninggalkan komen selepas mengetahui apa yang terjadi. Menurutnya, dia langsung tidak menyangka lelaki yang membantu mengambil gambar itu adalah selebriti terkenal dan turut berasa malu dengan situasi itu.
“Ya Allah sumpah lah Remy Ishak yang ambikkan gambar kitorang, malunya tak perasan.”
“Lah dengan kita sekali tak perasan hahaha.”
“Mak aii Remy Ishak weh tolong ambik gambar dia…”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.