Insiden Bergaduh Dengan Madu, Fyna Jebat Akui Tak Jejas Persembahan, “Saya Tidak Terganggu…”

Sponsored

Nama penyanyi Fyna Jebat menjadi bualan hangat selepas berlakunya insiden pergaduhan di antara dia dan isteri pertama Datuk Zainal Abidin Hasan iaitu Datin Zalini Zaini. Namun penyanyi tersebut enggan mengulas lanjut mengenai pergaduhan yang berlaku di sebuah restoran baru-baru ini.

Menurut Fyna, buat masa ini dia menyerahkan segalanya kepada pihak polis untuk menyiasat mengenai insiden pergaduhan itu. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah restoran mamak pada 23 Januari lalu dan dikatakan berlakunya adegan tarik menarik rambut di situ.

Sponsored

“Tak ada apa yang boleh saya kongsikan, biarlah saya serahkan kepada pihak berwajib. Itu sahaja.”

Adik kepada Ayda Jebat ini turut memberitahu insiden yang berlaku itu tidak menjejaskan fokusnya terhadap persembahannya di dalam program Famili Duo semalam. Walaupun terpalit dengan pelbagai kontroversi sepanjang menyertai program itu, dia mengakui ia tidak mengganggunya sama sekali.

Sponsored

“Saya tak terganggu. Saya fokus dengan pertandingan sebab kakak saya banyak berhabis dan pasukan kami pun dah banyak bertungkus lumus.”

Tambahnya lagi, dia terlalu sayangkan program Famili Duo itu dan memilih untuk fokus di dalam setiap persembahan yang diberikan pada setiap minggu. Terdahulu, Fyna Jebat mula menjadi bualan di media sosial selepas dia dikatakan sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang bekas jurulatih bola sepak kebangsaan.

Sponsored

Selepas membuat pengakuan tentang pernikahannya itu, timbul pula dakwaan mengatakan Fyna menikahi jurulatih terbabit tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Malah berlakunya salah faham di antara mereka sehingga mencetuskan insiden pergaduhan yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar