Iqram Dinzly Menghadiri Majlis Ilmu Dilayan Bak VVIP Raih Perhatian Ramai, “Hidayah Itu Milik Allah”

Sponsored

Pelakon dikenali dengan nama Iqram Dinzly ini sudah agak lama tidak muncul di kaca televisyen. Cukup popular dengan drama-drama lakonannya, sehingga ke hari ini masih ada yang kenal dengan pelakon tersebut.

Malah baru-baru ini satu rakaman dengan paparan Iqram Dinzly menghadiri majlis ilmu telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut dilihat Iqram Dinzly mengenakan jubah berwarna kuning cair dengan serban.

Sponsored

Apa yang menarik perhatian ramai adalah Iqram Dinzly dijemput duduk di atas pentas bersama alim ulama yang lain. Berikut adalah perkongsian rakaman Iqram Dinzly menghadiri majlis ilmu yang dimuat naik menerusi akaun TikTok selebriti ini:

@iqramdinzlyofficial

Ini bukan saya #iqramdinzly tapi @Prof. DR. Prinxchiqy Dinzly , yg hadir sebagai marhain dijemput Tok Guru @Syeikh Muhd Zainul Asri dari atas pentas ke atas pentas dengan segan diri ! #lantunanmarhabah

♬ original sound – Yang Mulia Iqram Dinzly – Yang Mulia Iqram Dinzly

“Hadir sebagai tetamu VVIP. Ini buktinya hidayah itu milik Allah. Di saat ramai mengecam dan menghina..Allah tidak memandang siapa dia yang dahulu Allah memandang siapa dia sekarang dan pengakhirannya. Jika Allah berkehendak …Boleh jadi kita lihat seseorang itu jahat sekarang tetapi tiada siapa tahu pengakhirannya”

Sponsored

Video ini dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok lain dan dikongsikan semula oleh Iqram Dinzly. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bangga dan kagum melihat penghijrahan Iqram Dinzly ini. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian rakaman tersebut:

“Subahanallah Subahanallah Allahuakbar Alhamdulillah puji syukur pada Allah taala Aamin ya Rabbal Alamin…”

Sponsored

“Keikhlasan seseorang. Allah je yang tahu. Sama2 berdoa yang baik2 untuk Iqram”

“Masya Allah hidayah itu milik Allah awak”