Sejak semalam lagi, hangat diperkatakan di media sosial tentang khabar angin yang mengatakan Ira Kazar kini sedang berbadan dua. Dakwaan tentang isteri kedua Syamsul Yusof itu juga turut membuatkan ramai tertanya-tanya dan ingin tahu lebih lanjut tentang perkhabaran tersebut.
Walau bagaimanapun, bapa kepada Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam memaklumkan dia tidak berada di posisi yang sewajarnya untuk mengulas mengenai perkara tersebut. Malah dia juga memilih untuk mendiamkan diri dan tidak memberikan sebarang komen kerana perlu menjaga banyak hati.
“Dia hamil atau tidak saya tak tahu. Saya taknak komen. Saya tidak mahu lagi komen tentang Syamsul. Cukup-cukuplah. Banyak hati yang perlu dijaga. Isteri saya pun masih dalam keadaan sedih.”
Yusof Haslam yang ditemui di tayangan perdana filem Harum Malam memberitahu dia telah mendapat pesanan dari isterinya Datin Patimah untuk tidak memberikan sebarang komen tentang isu tersebut. Katanya, isterinya juga masih dalam keadaan sedih semenjak mendapat tahu tentang berita pernikahan Syamsul dan Ira Kazar.
“Isteri saya pun ada cakap tadi sebelum saya keluar, dia pesan jangan cakap apa-apa. Silap cakap nanti tak sedap pula. Saya tak mahu semua itu. Bukan apa, saya nak jaga hati isteri saya juga.”
Dalam masa yang sama, Yusof Haslam tidak memberikan sebarang komen apabila ditanyakan tentang sama ada Syamsul sudah bertemu dengannya dan isteri. Sebelum ini, Syamsul dilaporkan sudah lama tidak pulang ke rumah dan berjumpa dengan kedua ibu bapanya.
Namun sebagai bapa, Yusof Haslam memberitahu dia sentiasa menyokong apa sahaja kerja yang dilakukan oleh Syamsul dan mendoakan masalah yang dihadapi Syamsul dan menantunya, Puteri Sarah dapat diselesaikan dengan segera.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.