Isteri Aaron Aziz Luah Rasa Sedih Lihat Nasib Suami, “Nak All Out Berpada-Pada Kita Tengok Untuk Siapa…”

Sponsored

Konflik yang berlaku di antara Aaron Aziz dan Syamsul Yusof nampaknya semakin berpanjangan apabila Aaron membuat pendedahan mengejutkan semalam. Menerusi video yang dimuat naik itu, Aaron mendedahkan semua yang terjadi di antara dia dan pengarah filem itu bagi menjawab tuduhan yang dilemparkan.

Isteri kepada Aaron Aziz iaitu Diyana Halik turut meluahkan rasa kesal dan sedih dengan apa yang berlaku pada suaminya ini. Jelasnya, dia banyak menangis sepanjang menguruskan projek lakonan filem ini kerana tidak menyangka perlu melalui detik sukar sebagai pengurus artis untuk Aaron.

Sponsored

“Hati saya sakit apabila suami saya dihina. Selama ini saya tidak pernah berkongsikan apa-apa di media sosial dan bersikap tenang. Kali ini saya perlu lindungi suami saya.”

Tambah Diyana lagi, dia mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dan menegaskan walau apa yang terjadi sekalipun, budi bahasa sangat penting dalam berurusan. Dalam masa yang sama, dia turut meluahkan rasa syukur apabila Allah melindungi suaminya dari menyertai projek filem tersebut.

Sponsored

“Saya kini sedar kalau nak all out berpada-pada kita tengok untuk siapa. Berbudi dan berbahasa sangat penting. Terima kasih Allah kerana melindungi suami saya daripada projek terbaharu ini. Allah lebih tahu dan perancang yang terbaik.”

Difahamkan, Diyana telah memadam dan mengubah perkongsian tersebut selepas ianya meraih perhatian ramai. Di dalam perkongsian awalnya, Diyana mendedahkan kecederaan tulang belakang yang dialami oleh Aaron Aziz beberapa tahun lalu adalah berpunca dari penglibatannya dalam filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof.

Sponsored

Jelasnya, kecederaan itu berlaku semasa suaminya menjalani latihan dan berharap Syamsul lebih memahami keadaan yang dilalui oleh Aaron. Terdahulu, pengarah filem itu mengatakan masalah kesihatan yang dialami Aaron Aziz merupakan salah satu punca pelakon itu dibuang dari penggambaran filem Original Gangster.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram