Isteri Afiq Muiz Pula Tuntut Fasakh, Netizen Pelik Banyak Pula Kes Melibatkan Artis Di Mahkamah Syariah

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini semakin rancak pula dengan pelbagai kes tuntutan di Mahkamah Syariah yang melibatkan selebriti tempatan. Dari tuntutan fasakh, ke tuntutan hak penjagaan anak-anak, beberapa pasangan selebriti dilihat turun naik mahkamah bagi menyelesaikan urusan peribadi mereka ini.

Antaranya, Puteri Sarah Liyana yang menuntut penceraian dengan suaminya, Syamsul Yusof selepas pengarah terkenal itu akui sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand. Selain dari itu kes Hafidz Roshdi serta kes Diana Danielle dengan suaminya, Farid Kamil turut mendapat perhatian ramai.

Sponsored
Diana Danielle dan anak-anaknya

Terbaharu petang tadi seorang lagi pelakon dikenali dengan nama Afiq Muiz pula isterinya tuntut fasakh. Memetik laporan mStar, isteri Afiq Muiz pula tuntut fasakh dalam satu pertemuan di Mahkamah Rendah Syariah, Petaling, Subang Bestari.

Difahamkan isteri Afiq Muiz tuntut fasakh kerana pelakon itu tidak beri kerjasama dalam tuntutan cerai sebelum ini. Isteri Afiq Muiz iaitu Pachara Apin memfailkan penceraian secara baik di mahkamah tahun lalu namun tidak mendapat kerjasama dari pelakon terbabit kerana dia tidak hadirkan diri di perbicaraan.

Sponsored

Dalam perkembangan sama, peguam yang mewakili Pachara Apin menjelaskan sebab mengapa wanita itu memfailkan fasakh.

@mstarmalaysia

Peguam menjelaskan Panchara Apin terpaksa membuat tuntutan fasakh selepas Afiq Muiz gagal memberikan kerjasama pada prosiding permohonan ceraisecara baik pada 26 Ogos tahun lalu #Afiqmuiz #PancharaApin #mStar

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

Menurut peguam ini, sebelum ini pihak mereka ada menghubungi Afiq Muiz untuk sampaikan surat namun tidak mendapat kerjasama dari pelakon tersebut.

Sponsored

“Kita cuba cari dia tapi tak jumpa, tak dapat sampaikan surat ke tangan dia dan terpaksa tuntut fasakh. Dari Mei 2021, memang dia dah tinggalkan Panchara.”

Tambahnya lagi, alasan Pachara untuk kes ini adalah nafkah sejak Mei 2021 hinggalah Oktober 2022.

@mstarmalaysia

Dua tahun gantung tak bertali, tak beri nafkah punca Pachara Apin tuntut fasakh… Afiq Muiz enggan beri kerjasama #AfiqMuaz #PacharaApin #mStar

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

Bagaimanapun di ruangan komen, kebanyakan netizen meninggalkan reaksi hairan terlalu banyak kes Mahkamah Syariah melibatkan artis tempatan sejak akhir-akhir ini.

“Lepas sorang, sorang..Tak sempat kitaorang sebagai netizen nak rehat”

“Kes rumah tangga setiap bulan banyak. Tanyalah hakim mahkamah syriah mana2 sekali pun, cumanya media je yang duk rajin buat liputan bulan puasa ni…”

“Mahkamah dah boleh pasang khemah buka banyak kaunter”

SumbermStar