Baru-baru ini, Bella Astillah membuat pengakuan ada seorang pelakon wanita yang telah mengganggu keharmonian rumah tangganya bersama Aliff Aziz. Menurutnya, pelakon wanita itu kerap cuba menghubungi Aliff dan meninggalkan pesanan mesej.
Malah pelakon wanita itu juga mengaku dengan Bella yang dia menyimpan perasaan terhadap Aliff selepas bergandingan bersama di dalam sebuah drama. Susulan isu yang sedang hangat diperkatakan ini, Nabila Huda selaku pelakon senior dalam industri tampil menegur tindakan pelakon wanita terbabit.
Nabila meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan pelakon wanita itu yang sudah melampaui batas dan membiasakan tabiat jatuh cinta di lokasi penggambaran. Tambahnya, heroin drama itu sepatutnya lebih fokus kepada kerjayanya sebagai seorang pelakon dan bukannya melayan perasaan semasa bekerja.
“Siapa perempuan tu? Yang shoot sekali dengan Aliff tu ke? New actor tu kan? Meh sini aku ganyang dia mengada TER suka suami orang. Nak jadi pelakon ke nak jadi pelacur kat set? Itu antara salah satu sebab yang boleh merosakkan kerjaya sebagai seorang pelakon.”
Menurut Nabila, tindakan pelakon wanita itu juga menjadi antara faktor yang merosakkan kerjaya sebagai seorang pelakon. Dalam masa yang sama, Nabila turut menasihatkan pelakon wanita tersebut untuk menjaga kelakuannya dan memberi fokus sepenuhnya kepada tugas yang diberikan untuk menjadi seorang pelakon yang terbaik.
“Tolonglahhh.. buang lah sikap nak jatuh cinta kat set ke, ter suka ke, terlanjur ke..please lah! Focus on what you’re doing. Be a good actress!”
Komen yang ditinggalkan oleh Nabila Huda ini turut meraih sokongan ramai yang bersetuju dengan pendapat yang diberikan ini. Malah komen tersebut juga telah menerima lebih 700 likes di Instagram setakat ini sebaik sahaja ia dikongsikan.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.