Isu Tuntutan Pelaburan Wang Kripto Lavida Coin, Dato Seri Vida Tak Mahu Komen

Sponsored

Dato Seri Vida baru-baru ini mengejutkan ramai apabila ada dakwaan seramai 41 mangsa pelaburan mata wang kripto Lavida Coin menuntut kerugian berjumlah RM59 juta daripadanya.

Lebih pelik apabila usahawan kosmetik yang turut dikenali sebagai DSV itu mengakui tidak tahu menahu mengenai sidang akhbar yang diadakan oleh mangsa berkenaan dan telah tular di sosial media.

Sponsored
@mvrasmi

41 mangsa pelaburan mata wang kripto milik usahawan kosmetik Malaysia, Datuk Seri Vida menuntut kerugian. DSV disaman sebanyak RM59 juta. #NewsUpdate #LavidaCoin #pelaburan

♬ original sound – MediaVariasiOfficial – MediaVariasiOfficial

Memetik laporan mStar, mangsa membuat tuntutan mendakwa wang pelaburan wang Kripto Lavida Coin dan keuntungan yang dijanjikan tidak dipulangkan sejak lima tahun lalu. Disebabkan itu semua mangsa memfailkan writ saman terhadap Vida dan tiga lagi rakan kongsinya.

Menurusi satu perkongsian di TikTok Boom Malaysia, Dato Seri Vida yang ditanyakan mengenai isu tuntutan pelaburan tersebut tak mahu komen dan akui terkejut mendengar mengenai perkara tersebut.

Sponsored

Malah Dato Seri Vida berkata peguamnya akan menjawab segala persoalan bimbang perkara tersebut menjadi lain pula nanti. Katanya lagi dia hadir di majlis pelancaran lagu anaknya, Cik B dan ditanya mengenai perkara tersebut.

Selain dari itu juga Dato Seri Vida yakin ini adalah salah satu cara untuk menjatuhkan dirinya. Namun dia berada di pihak yang benar.

Sponsored

“Saya ni musuh ramai, ada nak menjatuhkan saya dari pelbagai penjuru. Tapi saya yakin kebenaran berpihak pada saya. Saya Dato Seri Vida akan berhadapan dengan semua tiada berselindung atau apa juga dan yang saya akan bersama semua orang.

Yang nak menjatuhkan saya bukan ini caranya. Banyak dah percubaan-percubaan lain, tapi Tuhan bersama saya. Saya masih strong dalam industri, business, media sosial”, ujar Dato Seri Vida.