“Jangan hampakan”- Amelia Henderson sahut ajak Aedy Ashraf ‘join’ Studio Sembang

Sponsored

Nampaknya penangan Amelia Henderson menjadi hos dalam program Studio Sembang membuatkan dirinya semakin menjadi sorotan ramai di media sosial. Pelakon jelita ini ternyata membuatkan tidak hanya peminat seronok menonton program tersebut malah rakan-rakan selebriti yang menjadi tetamu jemputan juga tak kurang mengundang rasa terhibur warganet.

Disebabkan sebelum ini keserasian Amelia Henderson dengan hero drama Kisah Cinta Kita iaitu Aedy Ashraf berjaya memikat hati ramai penonton dan peminat drama tempatan, tentu sahaja ramai yang ingin melihat pelakon yang turut popular membintangi filem Tentang Bulan itu juga sertai Amelia Henderson.

Sponsored

Peminat minta Aedy Ashraf dalam Studio Sembang

Seorang individu di Twitter dilihat meminta agar Amelia Henderson mengajak Aedy Ashraf dalam Studio Sembang dan ternyata permintaan tersebut mendapat perhatian hos program itu sendiri dan Amelia Henderson nampaknya cukup sporting memberikan respon terhadap permintaan tersebut.

Sponsored

Dia berkata sudah menjemput Aedy Ashraf dan masih menunggu jawapannya dan mengikut tinjauan di akaun Twitter milik pelakon watak heroin dalam drama Kisah Cinta Kita itu akan memberikan update nanti tentang hal itu.

Ternyata permintaan tersebut sampai tular ke laman TikTok pula dan membuatkan peminat juga teruja selain berharap agar Aedy Ashraf tidak menghampakan peminat.

Sponsored

‘Please Aedy Ashraf jangan hampakan kami semua ni. Please datang ke studio Sembang’

Amelia