Janna Nick Berduet Dengan Siti Nurhaliza Undang Pujian Ramai, “Bukan Senang Nak Dapat Nyanyi Dgn Tok Ti”

Sponsored

Nama Janna Nick sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Seorang pelakon, penyanyi dan pengacara, apa sahaja yang tidak mampu dilakukan oleh selebriti verstail seorang ini, semua pun boleh.

Terbaharu satu rakaman dengan paparan Janna Nick berduet dengan Siti Nurhaliza telah mencuri perhatian ramai. Maklumlah, Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini adalah penyanyi nombor satu negara dan kesayangan ramai.

Sponsored

Menerusi perkongsian video Janna Nick berduet dengan Siti Nurhaliza ini dipaparkan kedua-dua selebriti tersebut menyanyikan semula lagu Kasih nyanyian asal Hetty Koes Endang.

Berikut adalah perkongsian rakaman (swipe tepi untuk paparan) tersebut yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Janna Nick itu:

Sponsored

Di ruangan kapsyen, Janna Nick mengucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti ini. Sempat juga Janna Nick akui mengigil duet dengan penyanyi lagend seperti Siti Nurhaliza itu.

Di ruangan kapsyen, rata-rata warganet memuji suara nyanyian Janna Nick dan ada yang tak sangka selebriti ini dapat berduet dengan Tok Ti. Berikut antaranya:

Sponsored

“Tok Ti tau yang mintak orang pas mic dekat awak ha bukan biashe biashe. Hahahah tapi serius dua dua nyanyi sedap gila”

“Impian ramai orang tu Janna nak duet dengan ctdk”

“Elelele somel laa awak ni. Mula mula tanak mic eh”

“Rezeki tu namanya..Bukan senang nak dapat nyanyi duet dengan Tok Ti”