Janna Nick Dedah Pernah Kena Sihir Dan Kongsi Tips Elakkannya, “Bohongla Kalau Saya Tak Pernah Kena”

Sponsored

Baru-baru ini seorang pelakon dan selebriti popular, Janna Nick dedahkan amalan untuk elak dari terkena sihir. Menerusi perkongsian di Instagram Stories milik selebriti ini, Janna Nick dilihat menjawab soalan dari pengikut media sosialnya itu.

“Tips lawan mak esah santet. Sis dah tak larat”, soalan yang diberikan kepada Janna Nick di media sosial tersebut.

Sponsored

Menjawab menggunakan video, Janna Nick memberikan tips dan mendedahkan pernah melalui disihir sepanjang bergelar anak seni.

Menurut pelakon dan penyanyi berusia 27 tahun ini, dia memberikan tips supaya jangan tinggal solat dan berzikir dalam hati.

Sponsored

“Bohong la kalau saya tak pernah kena, sentiasa kena daripada awal penglibatan saya. Antara tipsnya adalah jangan tinggal solat, sentiasa zikir dalam hati. Sebab kadang-kadabf benda seperti ni ada dalam darah kita jadi kita sendiri boleh rasa benda itu“, kata Janna Nick dedah pernah kena sihir ini.

Selain dari itu, Janna Nick juga menasihatkan untuk amalkan ayat Kursi dan sentiasa berhati-hati dalam menerima makanan yang diberi biarpun yang dibeli di kedai. Malah pelantun lagu Gatal ini juga mengamalkan ayat pendinding diri walau di mana juga dia berada.

Sponsored

“Jika nak ke sesuatu tempat yang kita rasa ‘sesuatu’ atau nak melakukan sesuatu yang besar seperti persembahan, pastikan sebelum itu saya akan amalkan ayat kursi tujuh depan tujuh belakang, tujuh atas, tujuh bawah, kiri dan kana. Enam kali tujuh ayat kursi”, kata Janna Nick dedah pernah kena sihir ini.