Jarang Ada Di Media Sosial, Kecantikan Tunku Aminah Buat Ramai Terpegun, “Princess Johor Paling Cantik…”

Sponsored

Kecantikan yang dimiliki Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim tidak perlu diperkatakan lagi. Malah penampilan Tunku Aminah sentiasa menjadi perhatian dan bualan rakyat yang mengagumi kecantikan semula jadinya ini.

Baru-baru ini, tular sebuah video di platform Tik Tok memaparkan di sebalik tabir proses mekap yang dilakukan seorang juru mekap pada Tunku Aminah. Video yang tular itu membuatkan rata-rata netizen terpegun melihat kecantikan yang dimiliki oleh Tunku Aminah ini.

Sponsored

Malah ramai yang tidak menyangka dapat melihat proses tersebut dengan begitu jelas sekali di mana hasil sentuhan juru mekap itu menyerlahkan lagi kecantikan yang dimilikinya. Bukan hanya netizen sahaja yang terpegun malah juru solek itu sendiri memuji hasil solekan yang dikenakan pada Tunku Aminah.

@babarabeer

So Gorgeous makeup with Johor Princess Aminah 👑 from Malaysia🇲🇾 แต่งหน้าเจ้าหญิง Aminah จากประเทศมาเลเซีย #johor #princessaminah #aminah #malaysia #malaysiatiktokshop #tiktoklooks #tiktokuni

♬ As It Was – PREP

Perkongsian video itu turut dihujani dengan komen-komen dari netizen yang tertarik melihat kecantikan yang dimiliki puteri tunggal Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ini. Dalam masa yang sama, netizen turut meluahkan rasa rindu untuk melihat perkongsian dari Tunku Aminah yang semakin jarang dilihat di media sosial.

Sponsored

“Cantiknya Tunku Aminah, dah lama tak tengok kat IG. Dulu aktif IG sekarang dah takde IG dia.”

“Masya Allah TTA Princesss Johor paling cantik!”

Sponsored

“Ku Nina ni tengok depan depan lawa tau. Kulit dia sangat halus mulus, cantik sangat.”

Tambahan pula, Tunku Aminah kini tidak lagi mempunyai akaun Instagram yang telah ditutup beberapa tahun lalu. Oleh itu, ramai yang berasa teruja untuk mengikuti perkembangan terkini Tunku Aminah selepas lama tidak muncul di mana-mana platform media sosial.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok