Join trend bersama, gelagat Wany Hasrita & suami ditonton 1 juta kali- “Sama betul muka comel”

Sponsored

Penyanyi, Wany Hasrita bukanlah nama yang baru dalam dunia hiburan tanah air. Perkembangannya antara yang dinanti-nantikan oleh peminat apabila pemilik suara lagu popular berjudul Menahan Rindu ini sering tampil dengan lagu-lagu yang best sehingga menjadi tumpuan sampai sekarang.

Selain soal kerjaya, Wany Hasrita sememangnya lebih dikenali kerana bakatnya sebagai penyanyi dan dia merupakan antara anak seni yang jarang terpalit kontroversi menyebabkan dia sangat disenangi oleh peminat. Apa sahaja yang dilakukannya juga sering menjadi sorotan ramai seperti muat naik terbaharu dikongsikannya ini.

Sponsored

Muatnaik Wany Hasrita jadi tumpuan

Sejak kebelakangan ini satu trend di TikTok telah ‘hangat’ menjadi content dalam video pengguna platform tersebut apabila tidak hanya netizen, selebriti Malaysia juga turut sertai. Wany Hasrita ternyata turut tidak terkecuali mengikuti trend tersebut apabila dia juga mempunyai akaun TikTok.

Sponsored

Wany Hasrita bagaimanapun tidak sendiri malah disampingnya pula ada suami, Mohd Al Adib Fahmi. Sekadar info, suami Wany Hasrita ini mulai dikenali ramai apabila mereka mendirikan rumah tangga pada 22 Julai lalu dan majlis pernikahannya cukup mendapat perhatian ramai.

Mana tidaknya, Wany Hasrita yang tidak terlalu berkongsikan kisah cintanya membuatkan dia sering dipuji. Manakala menerusi rakaman itu pula mencetuskan pasangan sama cantik, sama padan ini dihujani pelbagai reaksi peminat selain video mereka ditonton 1 juta kali.

Sponsored

‘Suami isteri muka sama’

Wany Hasrita

‘Muka sama dohh’

‘Sweetnya, suka tengok…’