Kata Muzik Haram, Aksi Suami Fatin Afeefa Menyanyi Karaoke Diperli Netizen, “Baru Nak Puji Haritu…”

Sponsored

Suami kepada pelakon Fatin Afeefa sebelum ini menarik perhatian ramai apabila dia berkata tidak suka pergi ke konsert kerana menganggap mendengar muzik adalah perkara haram. Malah dia juga dipuji ramai apabila mengatakan lebih gemar memasang zikir dari mendengar muzik.

Namun baru-baru ini, Opai sekali lagi menjadi bualan ramai apabila tular videonya yang sedang asyik menyanyi karaoke sambil ditemani isterinya. Di dalam video tersebut, kelihatan Fatin Afeefa dan Opai berada di sebuah pusat karaoke di mana pelakon itu merakamkan gelagat suaminya yang sedang menyanyi.

Sponsored

Turut kedengaran, Opai menyanyikan lagu nyanyian asal oleh Judika yang berjudul Aku Yang Tersakiti. Dalam masa yang sama, Fatin dilihat begitu pasrah mendengar nyanyian suaminya itu sekaligus mencuri tumpuan netizen.

Perkongsian tersebut kemudiannya menerima sindiran dari netizen yang mengungkit semula kenyataan Opai sebelum ini yang mengatakan muzik adalah perkara haram. Malah ada juga yang memerli Opai dan menjadikan nyanyiannya itu sebagai bahan gurauan di media sosial.

Sponsored

“Cakap haritu muzik tu haram.”

“Eh karaoke boleh pulak, amnesia ke dia.”

Sponsored

“Baru nak puji haritu kata muzik ni haram.”

Aliff Awang atau nama mesranya Opai pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini gara-gara kenyataan yang dikeluarkannya. Dia juga pernah dikecam netizen apabila bangga menayangkan pendapatan yang diraihnya sebanyak RM76,000 seminggu dan memerli golongan ‘single’ yang tidak berduit.

Sekadar info, Fatin Afeefa mendirikan rumah tangga bersama Opai pada Disember tahun lalu di dalam sebuah majlis tertutup dihadiri kaum keluarga dan sahabat rapat. Semenjak mendirikan rumah tangga, pasangan ini sering menjadi perhatian netizen di media sosial.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok