“Kau jgn main-main Aliff”- Video Bella Astillah dapat pujian ramai, dipanggil Selena Gomez Malaysia

Sponsored

Sebut sahaja nama Bella Astillah, tentu ramai yang kini mengenalinya sebagai pelakon dan penyanyi. Walau bagaimanapun, terdahulu Bella Astillah merupakan seorang penyanyi kanak-kanak yang sudah dikenali dengan suara comelnya itu oleh orang ramai.

Walau bagaimanapun, selepas muncul dalam rancangan Famili Duo Bella Astillah nampaknya antara peserta yang sentiasa menjadi sorotan penonton dan peminat. Mana tidaknya, selain persembahan ternyata ramai yang begitu tertarik dengan penampilan cantik Bella Astillah.

Sponsored

Menerusi perkongsian video oleh Bella Astillah tersebut memaparkan dia mengenakan busana serba putih yang dipakainya ketika membuat persembahan terakhir di Famili Duo. Bella Astillah dan sepupunya berjaya mendapat tempat ketiga di rancangan tersebut.

Pun begitu gara-gara penampilannya dalam video tersebut, Bella Astillah dihujani dengan pujian melambung peminat dan netizen yang terpukau dengan kecantikan isteri kepada pelakon, Aliff Aziz ini yang dikatakan tidak hanya cantik malah dalam pada masa sama comel.

Sponsored

Perkongsian Bella Astillah itu membuatkan nama Aliff Aziz juga disebut diruangan komen oleh peminat yang berseloroh selain memberikan pujian terhadap kecantikan Bella Astillah disamping dia juga sekali lagi digelar sebagai Selena Gomez Malaysia.

‘Kau jangan main-main Aliff, Bella betul-betul cantik ni’

Sponsored

‘Bella ni bukan takat cantik, sekali dengan comel dia kaut’

‘Jangan main-main Selena Gomes ni boh’

‘Macam Dato Siti masa dia muda’