Kecantikan Anak-Anak Que Haidar Buat Ada Yang Terpegun, “Mcm Russian Sekali Pandang”

Sponsored

Pelakon yang dikenali dengan nama Que Haidar ini sememangnya memiliki peminatnya yang tersendiri. Selain dari kisah kerjaya, perjalanan kehidupan peribadinya turut menjadi perhatian ramai.

Apatah lagi dek kerana Que Haidar memiliki keluarga kecil dengan rupa paras masing-masing yang cukup menarik perhatian ramai. Untuk info, Que Haidar mendirikan rumahtangga dengan guru tarian dan juga penari, Linda Jasmine.

Sponsored

Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan diberi nama Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra. Kedua-dua anak pasangan ini sudah semakin meningkat usia dan kecantikan mereka berdua sangat terserlah.

Baru-baru ini Que Haidar memuat naik foto anak-anaknya menerusi akaun Instagram milik pelakon ini. Berikut adalah perkongsian tersebut:

Sponsored

Sudah tentunya perkongsian sebegini membuatkan netizen terpegun dengan kecantikan anak-anak Que Haidar. Kedua-duanya mewarisi kecantikan ibu mereka, Linda Jasmine.

Malah di perkongsian berbeza, Que Haidar memuat naik foto bersama isterinya yang mana nampak romantis habis! Berikut adalah perkongsian tersebut.

Sponsored

Difahamkan foto tersebut dirakamkan ketika mereka bercuti di Seoul, Korea. Memang cantik sungguh anak-anak Que Haidar dan Linda Jasmine yang semakin membesar ini.

Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji dan terpegun dengan kecantikan anak-anak Que Haidar ini. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan tersebut:

“Lawa nya macam adik-beradik”

“So pretty anak2 dia”

“Macam Russian sekali pandang”

“Okay first gambar saya confius mana satu ratu rupanya yang tengah tu maknye. Allah cantik2 semuanya”