Sekitar tahun 2000, nama Intan Ladyana cukup popular sebagai seorang pelakon yang sangat disukai ramai kerana bakatnya. Dia juga jarang terpalit kontroversi menyebabkan peminat bertambah seronok mengikuti perkembangannya dalam industri hiburan tanah air.
Intan Ladyana seperti diketahui ramai, dia kini bahagia menjadi isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Harris Alif dan rumah tangga mereka semakin bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata pada 31 Januari lalu. Pelakon jelita ini bagaimanapun terbaharu hangat dibualkan ramai apabila muncul di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32).
Kehadirannya itu cukup menjadi tumpuan peminat dan netizen. Mana tidaknya, dia tampil dengan penampilan sungguh jelita dengan busana begitu menarik. Malah kecantikan Intan Ladyana semakin terserlah apabila tampil berhijab.
Intan Ladyana dalam satu muat naik video pula membuatkan dia hangat dibualkan ramai. Selain penampilan dia menjadi sorotan peminat dan netizen di media sosial, kecantikan Intan Ladyana berhijab membuatkan ada yang melihat dan mengatakan dia kini bahagia.
Kebahagiaan Intan Ladyana tarik perhatian ramai
Di ruangan komen hantaran video tersebut ternyata netizen dan peminat hadir meninggalkan pelbagai komen memberikan pujian terhadapnya selain menyifatkan kebahagiaannya itu disebabkan dia telah berkahwin dengan seseorang yang tepat. Bahagia dan makin cantik, puji peminat kepadanya.
‘Bahagia dan makin cantik’
‘Kenapa cantik sangat sekarang ni…’
‘So cantik dari dulu sampai sekarang’
‘Bertambah nampak muda bila bertudung…’