Baru-baru ini telah berlangsungnya rancangan Famili Duo dan seperti sedia maklum ia mengandingkan dua pengacara yang juga terkenal sebagai pelakon, Janna Nick dan Sean Lee. Selain persembahan, tentu sahaja gelagat pengacara berkenaan turut menjadi tumpuan di kaca televisyen.
Famili Duo yang memaparkan peserta yang terdiri mempunyai hubungan kekeluargaan itu bersiaran pada setiap Ahad di TV3 dimana juri tetap pula oleh Ajai dan Mas Idayu.
Digandingkan sebagai hos Famili Duo 2022
Walau bagaimanapun, dalam episod yang disiarkan baru-baru ini pula menyebabkan ramai dalam pada masa yang sama terhibur dengan gelagat Janna Nick apabila menerima pertanyaan daripada Sean Lee tentang cinta.
Kata-kata Janna Nick disaat menjawab soalan Sean Lee itu ternyata viral di media sosial apabila ada yang setuju dengan erti cinta yang diperkatakan.
“Definisi cinta ehh Janna. Hahahaha. Kene kene kene,” tulis pemilik akaun tersebut di hantarannya itu manakala menjengah pula keruangan komen ada yang nampaknya turut terhibur dengan reaksi Sean Lee dan beberapa individu lelaki yang menjadi penonton di rancangan tersebut.
‘Muka Sean mewakili muka husben husben seMalaysia bila their wife speak about the case’
‘Hahaha kau ah kaw-kaw dia kasik’
‘Sean ni pun satu, tengah-tengah viral kes si Sol ni, pi juga dia tanya soalan cinta kan dah kena’
‘Setuju’