Seorang remaja berusia 11 tahun telah berdepan dengan satu detik cemas apabila dikatakan telah dicabul oleh seorang lelaki tidak dikenali semasa di dalam lif kediamannya.
Perkongsian rakaman CCTV yang dikongsikan di Twitter itu telah mengundang kemarahan netizen yang mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab lelaki tersebut.
Menurut pemilik video, remaja terbabit baru sahaja pulang dari membeli ubat demam untuk ahli keluarganya yang sakit. Sewaktu perjalanan pulang, dia telah menaiki lif tersebut bersama lelaki tidak dikenali itu.
Sebaik sahaja masuk ke dalam lif, remaja itu didakwa telah diraba, dipeluk dan dicium lelaki terbabit. Remaja tersebut kemudiannya dikatakan pulang ke rumah dalam keadaan menangis selepas insiden itu.
Menurut pekerja kedai di bawah apartment itu, lelaki tersebut telah melarikan diri menggunakan sebuah kereta selepas kejadian yang berlaku.
Susulan video yang kini tular di media sosial itu, pemilik video meminta bantuan orang ramai bagi mencari pelaku memandangkan rakaman CCTV di luar lif berjaya merakamkan wajah lelaki tersebut.
Dalam masa yang sama, orang ramai turut membantu mencari pelaku di mana kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah apartment di Presint 5, Putrajaya.
Malah ada juga yang mencadangkan gambar pelaku dicetak dan ditampal di kediaman tersebut untuk memudahkan urusan mencari.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah: