“Kena pulak dengan suara”- Mimi Lana nyanyi lagu popular ditonton 1.1 juta kali terima pujian ramai

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon, Mimi Lana dimana dia juga merupakan antara selebriti wanita yang tidak sekadar mempunyai paras rupa cantik malah turut berbakat dalam dunia lakonan mencetuskan namanya semakin dikenali ramai.

Mimi Lana bagaimanapun menarik tumpuan peminat dan rakan selebriti selepas satu klip video dia menyanyi membuatkan ramai terpegun yang tidak hanya terpukau dengan kejelitaannya. Ini kerana, dalam pada masa sama suaranya juga mencuri tumpuan ribuan warganet.

Sponsored

Mimi Lana nyanyi jadi bualan netizen

Menerusi satu muatnaik yang menerima hampir 100,000 ribu tanda suka ini memaparkan Mimi Lana sedang bersiap namun siapa menyangka dia mengeluarkan suaranya menyanyikan sebuah lagu yang pernah popular pada satu ketika dahulu.

Sponsored

Nyanyiannya ini ternyata membuatkan jutaan pendengar tertarik dengan suara Mimi Lana yang dikatakan sesuai dengan lagu tersebut sehingga dia menjadi perbualan ramai pula diruangan komen.

@missmimilana

Kaum perempuan masih emo ke tu? Saya nak tuju lagu 💅🏼

♬ original sound – Missmimilana – Missmimilana

Video raih 1.1 juta tontonan, ramai puji Mimi Lana

Sponsored

‘Love giler dengan lagu ni. Kena pulak dengan suara Mimi’

Mimi Lana

‘Dia ni memang hensemla, came haa, nak cakap entahlah hensem dan cantik dalam masa sama’

Mimi Lana

‘Jarang tengok Mimi gini hahaha’

Pelakon, Diana Danielle diruangan komen juga nampaknya tertarik mendengarkan nyanyian Mimi Lana dalam hantaran video tersebut dan dalam pada yang sama meminta lagi daripada selebriti jelita ini.

‘More moree’