Beberapa hari lalu satu video dengan paparan satu individu yang meluahkan tanggapan dan penerimaan ramai mengenai LGBT telah menjadi perhatian ramai. Rakaman tersebut memaparkan harapan dan impian supaya orang ramai menerima golongan LGBT di Malaysia.
Bagaimanapun, baru-baru ini penyanyi dan pelakon dikenali dengan nama Naim Daniel telah meninggalkan reaksi mengenai rakaman yang tular tersebut. Kenyataan Naim Daniel tersebut telah ditulis menerusi akaun Twitter miliknya.
Dalam muat naik tersebut Naim Daniel menulis seperti berikut:
“Tuhan ciptakan Adam dan Hawa sebagai pasangan. Bukan Adam dan Haikal”
Berikut adalah ciapan yang ditulis oleh pelakon, penyanyi dan pencipta lagu berkenaan:
Disebabkan kenyataan Naim Daniel ini ada segelintir netizen yang tidak sokong dengan ciapan tersebut. Malah ada juga yang menyokong dan memujinya kerana berjaya membuatkan sesetengahnya bagaikan cacing kepanasan.
Berikut antara beberapa reaksi warganet yang ditinggalkan di ruangan Twitter Naim Daniel tersebut:
“Boleh jer kalau LBT ni diterima, manusia juga pun tapi jangan pengaruh orang lain untuk jadi seperti kamu, dan jangan tunjukkan sifat LBT ni di depan orang awam…Hormati orang seperti mana kamu mahu orang menghormati kamu”, luah seorang pengguna Twitter.
Manakala seorang lagi pengguna Twitter mengakui maksud Naim Daniel ini. Namun dia meminta untuk memahami hati dan perasaan golongan tersebut. Malah dia juga turut menegur tentang kerjaya artis Naim Daniel dan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu
Ini pula adalah reaksi lain warganet mengenai isu tersebut.
Malah ada juga yang mengakui ciapan Naim Daniel ini berjaya membuatkan golongan tersebut tersentap.