Bagi yang biasa dalam fasa diet atau untuk mengurangkan berat badan, pasti sudah cukup familiar dengan terma cheat day yang mana ada satu hari, anda akan makan apa sahaja jenis makanan yang dimahukan. Jika hari biasa anda memilih untuk tidak makan makanan manis namun sebaliknya pula pada hari cheat day.
Pelakon, Atikah Suhaime bagaimanapun selepas sekian lama tidak berkongsikan menu diet kepada peminat dan pengikutnya, dia akhirnya memuat naik satu rakaman video yang memaparkan dua menu khas untuk cheat day.
Menu cheat day jadi tumpuan
Atikah Suhaime di akaun miliknya sering dinanti-nantikan peminat dan pengikutnya tentang apa content yang akan dikongsikannya dan ternyata menu dilakukan oleh pelakon jelita ini menjadi bualan ramai. Mana tidaknya, meskipun dia mengatakan ia menu cheat day namun ia tetap menu sihat.
Berbanding pula menu biasa yang sering kita dengar pada hari cheat day seperti kek coklat, burger, air berperisa. Perkongsian Atikah Suhaime bagaimanapun menarik tumpuan ramai dengan ditonton ribuan kali.
ABC sup bukan ABC campur
Memandangkan dia menulis menunya adalah ABC sup, netizen bagaimanapun berseloroh yang biasa dimakan adalah ABC campur dan ruangan komen nampaknya ditinggalkan ratusan komen.
‘Dia minum ABC sup ye gais, kita ABC campur, patut tak kurus’
‘Nasi amik hujung senduk…’
‘Nasi dia tu…’