Kongsi Babak ‘Sweet’, Kecantikan Sophia Albarakbah Dipuji, “Cantiknya Sophia Ni Cam Pelakon Korea”

Sponsored

Nama pelakon jelita, Sophia Albarakbah ini sering menjadi buah mulut ramai sejak akhir-akhir ini. Memiliki pakej lengkap sebagai seorang selebriti, kejelitaannya juga membuatkan ramai terpegun melihatnya.

Bukan itu sahaja, drama berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismilllah yang dibintangi oleh Sophia Albarakbah di samping heronya, Aliff Aziz turut mencuri perhatian ramai. Baru sahaja beberapa episod, ramai yang mula suka menyaksikan lakonan pelakon jelita ini dalam drama tersebut.

Sponsored

Malah Sophia Albarakbah juga sempat kongsi babak ‘sweet’ dari teaser drama berkenaan. Dalam perkongsian itu dilihat Sophia hampir terjatuh dan disambut Aliff Aziz.

Berikut adalah muat naik Sophia kongsi babak ‘sweet’ tersebut yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya:

Sponsored

Amboi bukan main sweet sungguh pasangan ini! Menjadilah babak yang dilakonkan mereka. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai dengan rata-rata warganet akui terpegun dengan kecantikan Sophia Albarakbah.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan yang memuji kecantikan Sophia Albarakbah di ruangan komen perkongsian teaser drama tersebut ini:

Sponsored

“Memang mantap lakonan Sofia. Saya tak miss standby depan tv best layan drama melayu. Banyak contoh dan tauladan.”

“Patut la menyirap Bella tu hahaha. Lawa teruk Sophie ni”

“Harini dia dah mula senyummm laa..Dah pandai marah2 eh. Tapi marah2 pun she tetap cantik”

“Cantiknya Sophia ni cam pelakon Korea”