Penyanyi popular Khai Bahar merupakan salah seorang anak seni yang begitu mendapat perhatian dalam dunia nyanyian tanah air. Dia juga mendapat sorotan ramai sebagai satu-satunya penyanyi lelaki yang mempunyai vokal dan suara yang unik.
Terbaharu, satu posting Khai Bahar nampaknya dengan pantas mengundang rasa risau ramai apabila dia memuat naik sekeping foto yang memaparkan dirinya luka. Tanpa menulis sebarang kapsyen, foto tersebut bagaimanapun mengundang ramai peminat dan rakan selebriti menghujani komen tertanya-tanya sebabnya.
Foto Khai Bahar terluka itu turut mendapat pelbagai pertanyaan oleh peminat. Walau bagaimanapun, Khai Bahar diruangan komen dalam pada masa yang sama menjelaskan bahawa dia baik-baik sahaja dan mengatakan, ia hanya foto budak comel yang berpura-pura tidur sahaja.
Namun begitu, posting Khai Bahar tersebut ternyata turut mendapat perhatian Zizan Razak sendiri untuk meninggalkan komen kepada dirinya.
“Khai abang dengan Hawa takde pape. Jangan sampai camni Khai.” Tulisnya diruangan komen.
Komen Zizan Razak tersebut ternyata mengundang tawa ramai berdekah sehingga Khai Bahar juga tidak dapat menahan ketawanya. Namun begitu, tambah Khai Bahar juga diruangan komen selepas ramai bimbang akan keadaannya itu bahawa dia berlakon sahaja.
“Im okai. Hahaha jangan serius. Ini hanya budak comel yang buat-buat tidur”
“Weh hampa buat hal. Suspen kita wak”
“Berlakon ja ni”