Tular di negara seberang baru-baru ini kisah seorang wanita yang tidak jadi berkahwin gara-gara pengantin lelaki yang dikatakan bernikah dengan pilihan orang tuanya. Kisah tersebut juga menjadi bualan ramai di media sosial di mana rata-rata netizen bersimpati dengan nasib wanita itu.
Menurutnya, mereka telah melakukan pelbagai persiapan untuk majlis perkahwinan tersebut namun beberapa hari sebelum majlis, lain pula yang berlaku. Tiga hari sebelum bernikah, dia menerima berita bakal suaminya akan dikahwinkan dengan wanita lain pilihan orang tuanya.
Kecewa dengan apa yang berlaku, wanita itu kemudiannya membakar segala foto ‘pre wedding’ yang telah siap diambil dan juga kad undangan majlis. Menurutnya, dia percaya perancangan Tuhan itu lebih baik daripada rancangannya dan redha dengan apa yang berlaku.
Pengantin perempuan ‘play victim’
Namun sebenarnya, lain pula yang didedahkan oleh pihak pengantin lelaki yang mendakwa mereka terpaksa membatalkan pernikahan itu kerana wanita itu sendiri. Difahamkan, wanita itu telah meminta mas kahwin satu geran rumah kira-kira empat hari sebelum majlis pernikahan berlangsung.
Pihak lelaki kemudian memutuskan untuk tidak memberikan apa-apa sekaligus membatalkan pernikahan tersebut. Lelaki itu juga menegaskan apa yang dikatakan oleh wanita tersebut di dalam video yang tular itu adalah palsu di mana dia cuba ‘play victim’ dengan situasi yang berlaku.
Pihak lelaki teruskan majlis
Walaupun rancangan pernikahan itu dibatalkan, pihak lelaki masih lagi meneruskan majlis tersebut memandangkan semua persiapan telah pun dibayar. Difahamkan, sepupu kepada lelaki tersebut turut tampil dan berlakon menjadi ‘pengantin perempuan’ bagi menutup aib keluarga di hadapan tetamu yang hadir.
Di dalam sebuah lagi video, ibu kepada lelaki tersebut dilihat berada dalam keadaan yang tenang dan sempat memberikan nasihat di atas apa yang berlaku. Menurutnya, tidak salah untuk keluarga wanita terbabit meminta mas kahwin yang begitu namun perlu lah mengikut kemampuan bakal suami dan situasinya.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.