Kontroversi Aktres Sophia Albarakbah Dituduh Menggatal, Pengarah Kata Mereka Hanya Berkerja Secara Profesional

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini nama pelakon jelita Sophia AlBarakbah menjadi sebutan ramai selepas ada dakwaan mengaitkan dirinya dengan pelakon lelaki Aliff Aziz. Kontroversi tersebut mula menjadi buah mulut selepas ada dakwaan itu.

Untuk info, Sophia AlBarakbah bergandingan dengan Aliff Aziz dalam sebuah drama baharu berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismilllah. Drama ini adalah hasil pengarah popular, Osman Ali.

Sponsored

Memetik laporan Kosmo!, pengarah drama ini memaklumkan kedua-dua pelakon ini hanya berlakon bagi menjayakan drama tersebut dan bertindak secara profesional sebagai pasangan kekasih dalam karya itu.

Selain dari itu Osman Ali juga mengakui tidak tahu sekiranya wujud hubungan antara dua pelakon tersebut. Pengarah ini juga mengakui tahu akan pendedahan isteri kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astillah mengenai pelakon yang sedang bergandingan bersama ada hati pada suaminya.

Sponsored

Pendedahan itu tidak menyebut sebarang nama siapakah selebriti berkenaan, dan Osman Ali tidak tahu siapa pelakon wanita dimaksudkan Bella serta enggan menuduh sesiapa kerana risau jatuh fitnah.

“Saya tidak mahu campur urusan peribadi mereka. Tapi setahu saya, kedua-duanya tidak ada apa-apa hubungan. Apa yang saya lihat, baik Sophia mahupun Aliff, mereka bekerja secara profesional ketika berada di set penggambaran,” kata Osman Ali mengenai kontroversi aktres Sophia Albarakbah itu.

Sponsored

Turut menceritakan mengenai kedua-dua pelakon ini di lokasi penggambaran, Osman Ali memberitahu tiada sebarang masalah antara mereka dan kemesraan yang ditonjolkan hanya demi penghayatan watak masing-masing.

Tambah pengarah ini, dia berharap kontroversi aktres Sophia Albarakbah sebegini dapat dihentikan kerana dapat menjejaskan reputasi kepada selebriti terlibat. Osman Ali juga menyangkal kontroversi ini dicipta untuk meraih publisiti drama yang akan ditayangkan tak lama lagi.


SumberKosmo!