Ku Akad Kau Dengan Bismillah Jadi Bualan Ramai, “Ada Scene Atas Katil Pulak Dah”

Sponsored

Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang menjadi bualan hangat sebelum ini kini sudah pun ditayangkan di slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Aliff Aziz, Sophia Albarakbah, Jasmine Suraya dan ramai lagi.

Sebelum ini drama tersebut menjadi perhatian ramai selepas timbulnya gosip antara dua pelakon utamanya. Bagaimanapun kini sudah reda dengan isteri kepada pelakon utama, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah sudah memutuskan untuk tidak lagi bercakap mengenainya.

Sponsored

Bagaimanapun, dalam episod pertama tayangannya telah menjadi bualan ramai. Manakan tidak dalam tayangannya itu dipaparkan satu babak di atas katil yang dijayakan watak Luth Mikail (Aliff Aziz) dan Raisya Hannah (Sophia Albarakbah) di akhir episod satu.

Menerusi babak tersebut kelihatan Maira (Jasmine Suraya) terkejut menjerit selepas melihat kedua-dua kenalannya itu berada di atas katil sama dan membuatkan mereka terjaga dari tidur.

Sponsored

Perkongsian semula oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun arejer313 ini telah membuatkan ramai meninggalkan pendapat masing-masing mengenai drama arahan Osman Ali tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet pertikaikan babak di atas katil dalam Ku Akad Kau Dengan Bismilllah berkenaan yang kurang logik dek akal. Malah ada juga yang mengatakan ia agak kurang sesuai ditayangkan. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan tersebut:

Sponsored

“Cita melayu semua sama. Hang ambik girlfriend aku, aku ambik boyfriend hang..Hang suka laki aku, aku suka laki hang..Berlakon semuanya jenis jadi orang kaya”

“Tiba2 scene atas katil pulak cite ni”

“Masalah pompuan ni memang lawa nak mampos ea laki mana ea tak tergoda cakap aku”

“Ada scene atas katil pulak dahhh. Mau nya tak bengang si Bella tu..Kalau aku pun sakit hati”

SumberTikTok