Kuat menyakat Amelia Henderson, episod dengan Idris Khan undang dekah warganet, “Geram tengok…”

Sponsored

Amelia Henderson baru-baru ini berjaya menjadi sorotan ramai selepas dia menjadi hos bagi rancangan Studio Sembang. Beberapa selebriti nampaknya menjadi viral apabila temubual antara Amelia Henderson dengan tetamu jemputan seperti minggu lalu, rakannya Zahirah Macwilson sangat menghiburkan penonton sekali gus dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang kisah selebriti kegemaran mereka itu.

Terbaharu pula, pelakon Idris Khan iaitu juga salah seorang rakan Amelia Henderson ternyata mengundang tawa buat penonton dan peminat dengan gurauan mereka ketika temubual dimana perangai lucu Idris Khan turut ‘terbongkar’.

Sponsored

Idris Khan rupa-rupanya kelakar

Seperti mana klip video pendek kedua-dua selebriti berkenaan ini juga membuatkan peminat berkata ia merupakan episod yang kelakar disebabkan perangai lucu Idris Khan yang ternyata suka mengusik rakan selebritinya itu, Amelia Henderson dan dalam episod tersebut kelihatan rata-rata penonton cukup terhibur dengan mereka.

Sponsored

Menerusi klip video pendek yang tular ini pula, Idris Khan sempat bertanyakan soalan kepada Amelia Henderson tentang bahasa yang perlu digunakan dan soalan tersebut nampaknya mengundang kedua-duanya semakin panjang bergurau apabila Idris Khan pula sempat menyakat.

Idris Khan sempat menyakat

Sponsored

Gara-gara gurauan Idris Khan itu, netizen hadir diruangan komen dengan meninggalkan pelbagai komen lucu dan berseloroh apabila Amelia Henderson juga dilihat tidak mahu ‘kalah’ dengan rakannya itu.

‘Perempuan tak pernah kalah hahaha’

Idris
Idris

‘Hahahhaha studio…’

‘Episod kali ni memang kelakar…’