Lagu Khai Bahar & Nabila Razali dipuji tapi peminat dakwa jarang dengar di radio, “Harap sangat..”

Sponsored

Selepas hampir tiga minggu penyanyi, Nabila Razali dan Khai Bahar melancarkan lagu gandingan mereka di YouTube berjudul Selagi Ku Ada ternyata berjaya meraih pujian ramai.

Setakat ini, muzik video Selagi Ku Ada yang dilancarkan pada 11 Januari lalu sudah mencapai lebih 600,000 tontonan. Gandingan kedua-dua penyanyi ini menerima sambutan baik peminat mereka.

Sponsored

Menerusi komen yang ditinggalkan, seperti biasa vokal Khai Bahar antara yang menarik tumpuan ramai dengan keunikan suaranya sebagai penyanyi lelaki. Walau bagaimanapun, Nabila Razali juga sememangnya disukai peminat dengan genre lagu seperti ini sekali lagi tidak mengecewakan peminatnya.

Dalam pada itu, penangan lagu tersebut juga membuatkan ramai teringat akan keserasian Nabila Razali dan Aedy Ashraf dalam drama yang kini hangat diperkatakan berjudul Kerana Cinta Itu Ada.

Sponsored

‘Dengar lagu ni mesti terbayang Bella & Aisy. Chemistry diorang kuat betul”

‘Setiap kali tengok video ni rasa alahai sweetnya diorang ni. Semoga Nabila Razali dan Khai Bahar…’

Sponsored

‘Vokal Khai Bahar cukup kuat untuk berada dalam kumpulan vokal penyanyi lelaki terbaik di Malaysia’

Walau bagaimanapun, meski lagu ini menerima sambutan baik pendengar, ada juga yang berharap agar lagu nyanyian Khai Bahar dan Nabila Razali ini lebih banyak dimainkan di stesen radio memandangkan dirinya merasakan lagu tersebut jarang didengar di radio.

‘Harap sangat lagu ni lebih banyak dimainkan di semua stesen radio, sebab jarang sangat dengar lagu ni kat radio’

SumberYouTube