Lakonan Aedy Ashraf & Nabila Razali dalam drama terima pujian melambung peminat, “Best drama”

Sponsored

Sejak kebelakangan ini, dua pelakon iaitu Nabila Razali dan Aedy Ashraf hangat diperkatakan ramai di media sosial. Pernah digosipkan bersama namun Aedy Ashraf dan pemilik suara lagu Peluang Kedua itu menjadi sebutan ramai sejak akhir-akhir ini disebabkan lakonan mereka dalam sebuah drama terbaharu.

Sekadar info, Nabila Razali dan Aedy Ashraf pernah bergandingan bersama dalam sebuah muzik video lagunya yang berjudul Pematah Hati sehingga berhasil mencetuskan fenomena dan viral. Sejak daripada itu, keserasian mereka sentiasa menjadi perhatian peminat.

Sponsored

Pernah cetuskan fenomena

Meskipun begitu, sejak akhir-akhir ini kedua-dua pelakon tersebut menarik tumpuan peminat drama tempatan selepas drama baharu gandingan mereka berjudul Kerana Cinta Itu Ada membuatkan ramai dapat terima. Apatah lagi, lakonan mereka juga disukai peminat.

Sponsored

Perkongsian Aedy Ashraf bagaimanapun membuatkan ruangan komen ditinggalkan pelbagai komen positif tentang lakonan dirinya dan Nabila.

Drama Kerana Cinta Itu Ada ditayangkan mulai 28 December lalu dan ternyata lakonan mereka bersama dipuji ramai.

Sponsored

‘Alaaa, melting taw dengan Aisy ni, baru episod 2, tak sabor nak tengok…’

Nabila Razali

‘Kalau citer best best ni patur disiarkan selepas berita. Waktu ni waktu kita dah rehat duduk depan tv’

‘Setiap hari kena ngadap tv lepasni’

“Patutla kat Budak Tebing tak ada. Rupanya ada kat sini, dah lama dah buat kerja ni”