Menu seperti nasi lemak adalah cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Menjadi pilihan sebagai santapan pagi, menu ini banyak dijual di restoran, kedai makan mahupun yang berniaga di gerai tepi jalan.
Bagaimanapun, baru-baru ini satu perkongsian seorang lelaki mengenai pengalamannya membeli dua bungkus nasi lemak di tepi jalan dengan harga RM40 telah mencuri perhatian ramai.
Boleh dikatakan ianya dikategorikan nasi lemak tepi jalan harga kayangan, perkongsian video lelaki yang juga pemilik akaun TikTok Han Aziz membuatkan ramai terkejut.
Dalam rakaman tersebut lelaki ini berkongsikan apa yang dibelinya sehinggakan dicaj dua bungkus nasi lemak dengan harga RM40. Berikut adalah muat naik yang dikongsikan oleh Han Aziz ini:
Difahamkan dalam bungkusan pertama, nasi lemak dengan nasi tambah, lauk telur mata, sotong dan ayam goreng dikenakan RM18.
Manakala bungkusan kedua, ada rendang, ayam goreng, sotong dan nasi tambah dikenakan RM22 sebungkus. Perkongsian lelaki ini mengenai nasi lemak tepi jalan harga kayangan telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
Ada yang sokong peniaga berkenaan kerana harga bahan mentah sekarang yang agak tinggi dan ada netizen kata tak sepatutnya letak harga terlalu mahal sebegitu.
Bagaimanapun dalam satu perkongsian lain, lelaki ini mendedahkan dia ke gerai kegemarannya dan membeli menu yang sama seperti semalam. Namun dia hanya dikenakan harga RM10 sahaja.
Selain dari itu, lelaki ini juga memuat naik penjelasan mengapa dia membuat video tentang harga yang dikenakan nasi lemak dibelinya. Berikut andalah penjelasannya itu:
“Kita ni nak explain harga macam tu tak normal. Rakyat Malaysia ni suka sangat harga tak normal ni..Kalau murah dia marah. Nak kena mahal baru rasa biasa-biasa.”