Lelaki Tersenyum Malu Ketika Solat Bila Tersedar Dirakam, “Sejenis Mudah Terhibur Ni”

Sponsored

Sudah menjadi kebiasaan apabila siaran langsung solat Jumaat disiarkan di televisyen. Bukan hanya jemaah sedang solat dipaparkan malah ada juga dikongsikan bacaan khutbah untuk ditonton.

Terbaharu, satu rakaman dengan paparan siaran langsung ketika solat di sebuah masjid telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak dalam rakaman tersebut dipaparkan seorang lelaki sedang solat.

Sponsored

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah lelaki itu tersenyum malu ketika solat bila tersedar dirinya dirakam kamera. Bukan hanya tersenyum, sempat juga dia menjeling kamera dan menutup mulut dengan tangan menahan ketawa.

Berikut adalah perkongsian rakaman lelaki tersenyum malu ketika solat bila tersedar dirakam tersebut:

Sponsored

Tak khusyuk pula nampaknya lelaki ini bila tersedar apa yang berlaku. Reaksi lelaki ini bagaimanapun telah mencuri perhatian ramai selepas dikongsikan semula.

Nampaknya siaran tersebut ditayangkan di TV1 dan dikongsikan semula menerusi akaun TikTok dengan nama akaun noramirachedin. Rakaman tersebut telah meraih lebih 3.7 juta tontonan dan 272 ribu likes.

Sponsored

Rakaman gelagat pemuda yang tidak dapat menahan ketawa ini telah membuatkan ramai terhibur. Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka yang terhibur itu seperti berikut:

“Adoii tak khusyuk abang tu”

“Batal dah bang…Batal dah tue”

“Weii sejenis mudah terhibur ni memang susah nak2 tengah solat. Kadang dah rakaat akhir dah kot”

“Weh comel je dia tutup mulut gitu haha”