Liza Abdullah Di Sebalik ‘Kurita’, Penangan Orang Lama Dipuji Menghiburkan!

Sponsored

Rancangan hiburan berjudul The Masked Singer ini berkonsepkan para pesertanya mengenakan topeng atau kostum menjadi misteri untuk dihuraikan oleh kesemua juri. Dari persembahan setiap minggu akan diberikan klu kepada juri untuk meneka siapakah peserta di sebalik kostum.

Minggu ini menyaksikan peserta Kurita tersingkir dan tekaan juri sangat tepat iaitu di sebalik kostum tersebut adalah Liza Abdullah. Dari minggu pertama lagi penonton juga turut meneka Liza Abdullah di sebalik Kurita tersebut.

Sponsored

Namun minggu ini dek kerana tersingkir, maka kostum dan identiti peserta dengan nama Kurita ini perlu mendedahkan dirinya. Pendedahan identiti Kurita ini telah membuatkan ramai gembira menyaksikan tekaan mereka selama empat minggu ini adalah betul.

Berikut adalah rakaman Liza Abdullah di sebalik Kurita ketika pendedahan ketika penyingkiran tersebut:

Sponsored

Menerusi temubual bersama Liza Abdullah selepas tersingkir, dia sendiri mengakui suaranya sukar untuk menipu. Malah dia turut akui barisan para juri rancangan ini pula adalah rakan yang agak rapat dengannya. Jadi mungkin disebabkan itu ramai yang boleh meneka dirinya di sebalik maskot Kurita itu.

“Kelebihan yang mereka ada mungkin sebab memang kenal.” Jelas Liza Abdullah.

Sponsored

Malah gelagat Liza Abdullah selepas didedahkan identitinya turut membuatkan penonton terhibur. Selain itu nama Ramlah Ram juga turut timbul ketika juri meneka siapakah di sebalik maskot berkenaan.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

“Tepat tekaan pada minggu pertama lagi…Minggu 3 dengan 4 saja je diorang suara lain sikit”

“Memang masa minggu 1 lagi dah tahu Liza Abdullah sebab dengar suara dah tahu..Dia pun memang menyanyi dulu”

“Cara gaya cakap pun dah tahu haha”

“Ala awalnya keluar..Kurita menghiburkan..Memang tau dah Liza Abdullah simpan ja dulu”