Penyanyi dikenali dengan nama Liza Hanim ini cukup popular satu ketika dahulu dan sehingga kini figura ini masih memiliki barisan peminatnya sendiri. Seiring dengan meningkatnya usia, anak-anak Liza Hanim juga sudah semakin membesar.
Malah bakat anak-anak Liza Hanim juga kian terserlah dengan masing-masing juga ada suara merdu sama seperti ibu mereka. Baru-baru ini rakaman Liza Hanim dan anak-anaknya berkongsi pentas telah mencuri perhatian ramai.
3 Suara 3 Beranak
Dakam perkongsian rakaman itu dapat dilihat Liza Hanim bersama dua anak gadisnya. Tiga beranak ini menyanyikan semula lagu berjudul Beribu Sesalan nyanyian asal 3 Suara iaitu Ning Baizura, Shila Amzah dan Jaclyn Victor.
Umum sedia tahu lagu ini memerlukan kemantapan vokal untuk menyanyikannya. Nampaknya anak-anak Liza Hanim dapat menyanyikan dengan baik sekali.
Berikut adalah perkongsian rakaman Liza Hanim dan anak-anaknya berkongsi satu pentas yang dimuat naik menerusi akaun TikTok penyanyi itu sendiri:
Manalah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi bukan? Padu sungguh vokal anak-anak Liza Hanim ini. Rasanya ramai juga yang tahu Marsya Qistina memiliki suara yang cukup merdu kerana sebelum ini pernah berkongsi pentas dengan Liza Hanim dalam satu rancangan TV.
Ramai Akui Padu Suara Anak-Anak Liza Hanim
Malah kali ini Liza Hanim turut membawa anak keduanya, Marissa Qaireen berkongsi pentas dalam sebuah acara. Di ruangan komen, rata-rata warganet mengakui meremang mendengar suara nyanyian tiga beranak ini. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan tersebut:
“Mak aii sedap nya sore dorang. Memang dari dulu minat Liza Hanim. Alhamdulillah anak sopan saja”
“Daa berbakat, sopan dan ayu pulak tu”
“Sempurna tutup aurat anak2nya. Alhamdulillah. Sedap sore anak beranak”
“Marissa tu gugup tapi sebenarnya suara dia lunakk. yang tudung hitam tu memang cunss dah suara ee syioknya”