LPF Keluar Kenyataan, ‘Pulau’ Adalah Filem Seram Bukan Porno Seperti Dikecohkan

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini kontroversi mengenai filem tempatan berjudul Pulau telah mencuri perhatian ramai. Dikatakan trailer filem berkenaan memaparkan babak panas dan pakaian para pelakonnya pula terlalu menjolok mata membuatkan karya ini buat netizen berpendapat tidak sesuai ditayangkan kepada umum.

Malah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil turut bersuara dan meluahkan pandangannya mengenai trailer filem yang bakal ditayangkan pada Mac itu nanti. Menurutnya dia turut berpendapat filem ini tidak sesuai untuk ditayangkan. Bagaimanapun, Fahmi akui tidak boleh bercakap bagi pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) kerana ia di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Sponsored

Selepas kekecohan mengenai trailer filem tersebut, LPF dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kandungan trailer yang ditayang secara dalam talian adalah di luar bidang kuasa mereka.

Menerusi kenyataan tersebut juga dinyatakan ‘Pulau’ adalah sebagai filem seram dan bukannya filem porno seperti yang digembar-gemburkan. Berikut adalah kenyataan dari Kementerian Dalam Negeri dan LPF tersebut:

Sponsored

Kenyataan dalam nombor 3, LPF sedia maklum mengenai isu berbangkit dalam trailer filem Pulau itu. Namun trailer filem Pulau telah ditayangkan secara dalam talian, maka didapati bahawa kandungan yang ditayang adalah di luar kuasa LPF.

Malah turut dinyatakan filem Pulau adalah sebuah filem seram dan bukan filem porno seperti digembar-gemburkan. Selain itu LPF turut dapati perbezaan dalam trailer yang tular di media sosial dengan kandungan yang dikemukakan untuk penapisan.

Sponsored
SumberTwitter