Luahan Janna Nick Putus Cinta Dipertikai Netizen, “Dah Break Tu Sudah La…”

Sponsored

Sejak beberapa hari lalu tular dengan gosip yang mana dikatakan hubungan cinta antara Janna Nick dan Dini Schatzmann sudah berakhir. Tindakan pelakon wanita ini yang memuat naik beberapa foto dengan kapsyen tertentu membuatkan ramai tertanya-tanya apakah yang berlaku.

Bukan itu sahaja, Janna Nick juga dilihat berkongsikan kata-kata hikmah yang mengambarkan dirinya seolah-olah berada di fasa sedang menenangkan diri dari bersedih.

Sponsored

Bagaimanapun terbaharu, Janna Nick berkongsikan satu paparan Direct Message yang diterimanya. Mesej yang diterimanya adalah berkaitan luahan Janna Nick yang sebelum ini membuatkan pengguna media sosial tersebut kurang senang.

Tulis netizen itu yang tidak senang dengan muat naik dari pelakon tersebut dan boleh menunjukkan diri Janna Nick teruk. Malah individu berkenaan sempat menasihatkan untuk hormati hubungan dan bekas kekasihnya itu.

Sponsored

“Dah break tu sudah la tak payah nak post2 macam2”

Berikut adalah paparan yang dimuat naik menerusi akaun Instagram milik pelakon dan penyanyi, Janna Nick ini:

Sponsored

Luahan Janna Nick putus cinta dipertikai netizen hingga ada yang sanggup menghantar pesanan sebegini rupa sekali. Di ruangan kapsyen pula, Janna Nick sempat meminta maaf jika ada peminat yang tidak senang dengan luahannya sebelum ini.

Berikut adalah antara tulisan dari Janna Nick tersebut:

“Saya minta maaf seandainya posting2 saya menyakitkan mata dan hati sesetengah orang.
Saya sedar..Saya tak cukup matang dan kuat untuk handle situation macam ni. I’m so sorry.
But I promise I’ll come back stronger. Only time will heal.”

Semoga Janna Nick baik-baik sahaja.

Sumber: Instagram Janna Nick