Madammu dedah tolak tawaran gelaran datuk kerana rasa belum sesuai terima, “Cukup banyak ke sumbangan saya…”

Sponsored

Nama usahawan produk kecantikan jenama Noir ini mula dikenali ramai selepas menjadi penaja utama majlis terbesar dalam industri hiburan tanah air. Memiliki rupa paras jelita, Eriyca Baiduri atau lebih mesra dengan panggilan Madammu ini sering berkongsikan mengenai kisah hidupnya di sosial media.

Dua kali tolak gelaran datuk

Terbaharu Madammu mendedahkan yang dia sudah dua kali menolak dari menerima gelaran ‘Datuk’. Malah antara sebab mengapa Madammu menolak dari anugerah gelaran tersebut juga membuatkan ramai kagum dengannya.

Sponsored

Menerusi perkongsian semula video oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun nikzulaikha_noir, dipaparkan Madammu yang juga pengasas Noir Health & Beauty menjelaskan sebab dirinya belum mahu membawa gelaran datin di namanya.

@nikzulaikha_noir

Inilah sebab kenapa ramai yang menjadikan madamu Idola, kerana Madammu sentiasa ada prinsip dan matlamat 💜💜 #erycabaiduri #ladynoirofmalaysia

♬ original sound – EikaNoir – EikaNoir

Ada misi sebelum terima tawaran gelaran datuk

Dalam sesi live di Tiktok itu, Madammu dedah tolak tawaran gelaran tersebut kerana mempunyai matlamat dan visi yang mahu dicapai sebelum berasa layak untuk menerima anugerah tersebut.

Sponsored

“Sebenarnya, Madammu macam ini… kita dah dua kali tolak tapi kitorang ini ada tujuan, matlamat, visi. Contoh kalau saya ambil gelaran tu, cukup banyak ke sumbangan yang kita buat untuk Malaysia ni?” ujarnya.

Katanya dia mahu melahirkan kira-kira 200,000 usahawan bagi meningkatkan ekonomi negara dan kemudiannya barulah berasa layak untuk terima anugerah gelaran tersebut.

Sponsored

“Memang saya lahirkan usahawan wanita dimana membantu menjana ekonomi negara tapi baru je dalam 50,000 orang. Saya menyasarkan 150,000 atau 200,000 orang baru saya akan fikir untuk ambil gelaran tu,” jelas Madammu dedah tolak tawaran gelaran tersebut.


SumberTikTok