“Makan Duit Haram” Mark Adam Berang Kontraktor Rumah Cabut Lari

Sponsored

Norazah Redzuan, isteri kepada penyanyi Mark Adam, telah menyuarakan kekecewaannya apabila projek rumah yang dibina untuk ibu bapanya ditinggalkan terbengkalai oleh pihak kontraktor.

Norazah menyatakan bahawa pihak kontraktor itu tidak menepati janji mereka untuk menyiapkan rumah pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum mereka menghilang.

Sponsored

Norazah juga tidak menerima alasan pihak kontraktor untuk meninggalkan projek tersebut setengah jalan.

“Dekat dunia kau boleh terlepas, dekat akhirat kau menjawab.

Sponsored

“Kau tahu niat aku bina rumah ini untuk mak bapak aku biar merasa duduk selesa, dan kau dan berjanji demi tuhan akan siapkan. Tiba masa kau tipu.

“Tidak apa, kau boleh lari, lari jauh-jauh. Demi Allah, aku tak akan halalkan satu sen pun duit aku yang kau makan.

Sponsored

“Makan duit haram ibarat kau makan daging ba*i. Jadi kau bagilah anak bini kau makan daging ba*i. Semua hitam putih aku ada,” kongsinya menerusi satu hantaran di Instagram baru-baru ini.

Namun, Norazah tetap mempunyai pemikiran positif dan menganggap perkara ini sebagai ujian untuk keluarganya. Dia juga memberi semangat pada suaminya, Mark Adam, bahawa mereka akan mendapat rezeki lain.

Projek tersebut bermula tiga bulan lalu, dan pihak kontraktor tidak dapat menyiapkannya dan kemudian menghilang. Mark dan Norazah sudah membayar jumlah penuh bagi projek tersebut.

SumberMark Adam