Baru-baru ini, tular perkongsian video yang dimuat naik oleh isteri kepada penyanyi Tajul di platform Tik Tok. Menerusi video yang dikongsikan itu, Tajul dilihat sedang menikmati nasi goreng semasa mereka sekeluarga bercuti di Thailand bagi meluangkan masa bersama.
Namun apa yang membuatkan ramai terkejut ialah Tajul menikmati makanan itu bersama-sama ubat gigi. Menurut isterinya iaitu Nur Shamieza Eddie, Tajul dikatakan teringin untuk makan ubat gigi semenjak mereka mula bercuti di negara itu.
Di dalam video itu juga, kelihatan penyanyi itu meletakkan sedikit ubat gigi di dalam sudu nasi goreng sebelum memakannya. Video yang dikongsikan di Tik Tok itu kemudiannya tular dan kini meraih hampir tiga juta tontonan setakat ini.
“Tolong, baru 2 hari duduk Thailand dah pepelik perangai laki aku ni.”
Perkongsian video itu turut menerima pelbagai reaksi dari netizen namun ada juga yang memahami rasa mengidam yang tidak dapat dikawal seperti ini. Tambah netizen, kebiasaannya hanya ibu mengandung sahaja yang akan mengidam pelik-pelik seperti yang dialami Tajul ini.
Reaksi netizen
Meninjau di ruangan komen, netizen turut tertanya-tanya tentang rasa gabungan nasi goreng dan ubat gigi yang dimakan penyanyi itu. Namun ada yang mengatakan ubat gigi tidak elok untuk dimakan kerana boleh memudaratkan kesihatan dan meminta orang ramai untuk tidak menirunya.
“Menu: nasi goreng kampung berangin.”
“Ini ialah rahsia suara padu.”
“Aku kalau tertelan ubat gigi punya la panik. Dia selamba je sesaja telan.”
Sekadar info, Tajul mendirikan rumah tangga bersama Nurul Shamieza pada tahun 2017 namun berita perkahwinan mereka dirahsiakan sebelum ianya didedahkan kepada umum. Pasangan itu kini memiliki dua cahaya mata iaitu Adriana Carisa dan Adrian Rifqy.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.