“Memang korang ada dalam rumah tu”, Individu dakwa jiran Ali Puteh dedah apa yang mereka nampak

Sponsored

Kemelut hubungan antara balu Allahyarham Abam dikenali dikenali dengan nama Hidayah dengan bekas adik iparnya, Ali Puteh terus menjadi perhatian ramai.

Selepas Hidayah atau lebih mesra dengan panggilan Dayah Abam memuat naik video tidak dilayan datang ke rumah peninggalan Arwah bersama peguamnya, ramai yang meninggalkan rasa simpati pada wanita ini.

Sponsored

Malah kemudiannya Ali Puteh berkongsikan pula video menemui garam ditabur di luar rumah selepas Dayah beredar dari lokasi tersebut menjadikan isu ini lebih panas. Selain itu Ali juga mendakwa Dayah dan peguamnya datang ke rumah ketika tiada orang di rumah dan penghuni sedang keluar bekerja.

Bagaimanapun, terbaharu ada pula kenyataan dari individu yang mendakwa dirinya adalah jiran Ali Puteh. Individu berkenaan memberitahu keadaan sebenar pada hari Dayah Abam datang ke rumah berkenaan.

Sponsored

Jiran nampak…

Dalam komen oleh pemilik akaun Facebook individu dakwa jiran Ali Puteh yang telah ditangkap layar dan dikongsikan semula ini menyatakan yang mereka nampak keluarga pelawak tersebut ada di dalam rumah ketika Dayah Abam dan peguamnya datang ke rumah tersebut.

“Mereka memang ada dalam rumah tu…”

Berikut antara tulisan yang ditangkap layar oleh individu dakwa jiran Ali Puteh yang kemudiannya dikongsikan semula di Facebook ini:

Sponsored

“Kami jiran dah tahu lama perangai dia sebenanya tapi kami diam tapi sekarang tak boleh diam sebab dia fitnah kakak ipar dia sendiri…

“Kami tak nampak pulak yang Dayah tabur barang yang kami nampak korang semua memang ada dalam rumah tu. Bila Dayah balik korang keluar cepat2 nampak tak ko berlakon jela ko ingat kami ni jiran tak nampak ke weiii”

SumberFacebook