Menantu Zainal Abidin Buat Pendedahan Tentang Suami, “You Ajar Anak-Anak Untuk Maki Hamun I…”

Sponsored

Sepanjang minggu ini, kecoh di media sosial tentang berita pergaduhan yang berlaku di antara dua isteri bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hasan. Difahamkan, isteri pertamanya iaitu Datin Zalina Zaini terasa hati selepas dirinya disindir oleh madunya, Fyna Jebat di dalam program Famili Duo baru-baru ini.

Malah nama Janna Nick selaku pengacara program tersebut juga turut terheret sama apabila dia dikatakan sebagai punca pergaduhan itu. Belum lagi reda dengan isu tersebut, timbul pula satu lagi isu baru apabila menantu kepada Zainal Abidin membongkarkan tentang perangai sebenar suaminya.

Sponsored

Menerusi video yang dikongsikan di platform Tik Tok itu, wanita tersebut menceritakan tentang penderitaannya apabila suaminya iaitu anak kepada jurulatih itu tidak membenarkan dia berjumpa dengan anak-anak.

@sofiasmeth

Such a great and good in laws i have. The best. But you, the father of my children, You musnahkan harta benda i, you provoke i, you aibkan i( u buat account aibkan i), you mungkir janji.. Kalau u bagi kerjasama, i takkan begini.. I berdiam diri, you push i. U ancam keselamatan i. U ajar anak2 untuk memaki hamun i. Memanggil i dgn nama panggilan yang keji dan jijik. Sakit sungguh hati ini.

♬ original sound – Putri Fieyna – Putri Fieyna

“Keluarga mentua yang terbaik pernah saya dapat, tapi awak? Ayah kepada anak-anak saya, awak musnahkan harta benda saya, awak provoke saya. Awak aibkan saya, ( awak buat akaun aibkan saya), awak mungkir janji. Kalau awak bagi kerjasama, saya tak akan begini.”

Sponsored

Tidak cukup dengan itu, wanita itu mendakwa suaminya sanggup membuat akaun media sosial palsu untuk menyebarkan aib tentang dirinya. Jelas Sofia, dia tidak mahu menjadikan isu itu tular namun sudah tidak mempunyai pilihan lain lagi buat masa ini apatah lagi suaminya enggan memberikan kerjasama.

@sofiasmeth

Melampau. Rajin sungguh buat banyak account. Terima sahaja la. Aku berdiam diri tapi kau provoke aku. Kau yang tak bagi kerjasama dan halang seorang ibu untuk berjumpa dgn anak2. Terima kasih.

♬ Ya Rabb يارب – Muhajir Lamkaruna

“You provoke I, you aibkan, ancam keselamatan I. Ajar anak-anak untuk memaki hamun I. Memanggil I dgn nama panggilan yang keji dan jijik.”

Sponsored

Bukan itu sahaja, Sofia memberitahu lelaki itu juga turut mengajar anak-anak mereka mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya sebagai ibu kandung. Walau bagaimanapun, dia menegaskan kedua-dua mertuanya sangat baik dan tidak ada kena mengena dengan masalah rumah tangga mereka ini.

Pendedahan ini turut mengejutkan ramai apabila anak kepada Datuk Zainal Abidin ini turut terpalit dengan kontroversi bersama isterinya. Dalam masa yang sama, ramai mendoakan yang terbaik untuk wanita itu dan berharap kemelut rumah tangga mereka dapat diselesaikan dengan baik.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok