Mengamuk Pekerja Pasar Raya Tak Tolong Angkat Barang, Netizen Tampil Tegur Usahawan Ini

Sponsored

Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang usahawan meluahkan rasa tidak puas hati gara-gara pekerja di sebuah pasar raya tidak membantunya mengangkat barang. Video yang tular itu kemudiannya menjadi bualan ramai yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan pendapat usahawan itu.

Di dalam video tersebut, usahawan itu memberitahu dia membeli barang di pasar raya Lotus’s dan berbelanja sehingga RM5,000. Namun dia berasa kecewa apabila pekerja di situ tidak membantu membawa barangan yang dibeli itu ke keretanya.

Sponsored

Menurutnya, dia sudah berbelanja banyak di situ namun tidak diberikan layanan istimewa sebagai pelanggan. Usahawan itu juga meluahkan rasa terkilan apabila akhirnya dia terpaksa menolak sendiri troli berisi barangan yang dibeli ke keretanya tanpa bantuan pekerja pasar raya di situ.

Malah dia turut membandingkan dengan pengalamannya sebagai usahawan yang akan meminta para pekerjanya membantu pelanggan mereka mengangkat barang ke kereta. Menurutnya, walaupun kedainya tidak mempunyai troli namun mereka tetap membawa beg plastik milik pelanggan ke kereta mereka.

Sponsored

Terima kecaman netizen

Perkongsian video itu kemudiannya menerima perhatian ramai di mana netizen mempersoalkan usahawan tersebut yang mahukan layanan istimewa seperti itu. Jelas netizen, ia tidak termasuk di dalam bidang tugas pekerja di situ untuk membantu pelanggan membawa barangan dibeli hanya kerana mereka telah berbelanja besar di pasar raya itu.

Susulan kecaman hebat yang diterimanya, usahawan itu telah tampil dengan permohonan maaf dan mengakui kesilapannya mengamuk di media sosial itu. Malah dia turut mengaku seharusnya dia membawa pekerjanya sendiri untuk membantu mengangkat barangan yang dibeli untuk perniagaan mereka ini dan tidak mengharapkan bantuan pekerja pasar raya di sana.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter