Mierul Aiman dan Nadhir Nasar terus jadi perhatian, lakonan PHC ‘naikkan’ lagi nama dalam industri!

Sponsored

Dua nama baru dalam industri hiburan tanah air, Mierul Aiman dan Nadhir Nasar terus menjadi perhatian ramai. Lakonan kedua-dua pendatang baru dalam dunia hiburan menerusi Projek High Council terus menjadi bualan warganet.

Untuk info, drama Projek High Council sudah pun menamatkan tirainya dalam tayangan episod akhir baru-baru ini. Mierul Aiman melakonkan karakter sebagai Fakhri dan Nadhir Nasar pula sebagai Naim.

Sponsored

Sudah tentunya ada beberapa nama pelakon lama dan baru lain dalam karya hebat ini yang menjadi antara sebab mengapa Projek High Council (PHC) terus jadi bualan biarpun sudah tamat.

Malah di Twitter #ProjekHighCouncil berada di antara tangga teratas trending yang mana pengguna media sosial itu terus meluahkan pendapat mereka mengenai drama tersebut.

Sponsored

“Dari storyline, lakonan, rakaman kamerea, skrip, OST..Semuanya bagus sekali. Akan rindukan saat menantikan episod baru setiap Sabtu”

“Emosi roller coaster sepanjang episod. Tapi Mierul Aiman berjaya lakukan yang terbaik! Begitu juga pelakon lain!”

Sponsored

Selain dari itu ada juga penonton yang meluahkan akhirnya adik-beradik, Fakhir dan Naim akhirnya berbaik tapi tiada dialog hati ke hati. Namun baru teringat dalam hubungan adik-beradik sememangnya begitulah realitinya.

Selain dari pelakon seperti Mierul Aiman dan Amir Ahnaf jadi perhatian ramai, pengarah drama ini iaitu Anwari Ashraf dan Zulaikha Zakaria turut menerima pujian warganet.

SumberTwitter