“Mmg takde doublechin”- Mira Filzah & Qasrina digelar ‘kembar’ viral rakam video TikTok

Sponsored

Pelakon baharu, Qasrina Karim baru-baru ini membuatkan tidak hanya peminat malah rakan selebriti juga teruja apabila dia akhirnya dilihat bergandingan dengan pelakon jelita, Mira Filzah. Umum diketahui, Qasrina Karim sering dikatakan seperti kembar kepada pelakon popular tersebut.

Rupa paras yang dikatakan seakan sama mengundang ada juga yang tertukar dengan kedua-dua pelakon tersebut. Namun begitu, peminat juga memberikan reaksi positif apabila mereka dilihat digandingkan bersama dalam sebuah drama.

Sponsored

Walau bagaimanapun, itu perkongsian Qasrina Karim dan selepas Mira Filzah pula berkongsikan rakaman dia dan pelakon yang semakin mendapat perhatian ini merakam video Tiktok ternyata tidak semena-mena membuatkan kedua-duanya viral di media sosial.

Mana tidaknya, selepas sekian lama menjadi perbualan kerana rupa paras mereka yang dikatakan seolah-olah kembar akhirnya dapat melihat mereka berlakon bersama.

Sponsored
@therealmfmirafilzah

TikTok saw it first. Nanti kita try lagi buat eh. Tak sempat, banyak scenes today shoot. 😂 @Qasrina Karim

♬ original sound – Ftnshc – Ftnshc

“TikTok saw it first. Nanti kita try lagi buat eh. Tak sempat, banyak scenes today shoot.” Tulis Mira Filzah diruangan kapsyen. Dalam pada itu, nampaknya pujian tentang kecantikan mereka juga memenuhi ruangan komen dimana wajah mereka yang tiada double chin turut hangat diperkatakan ramai.

“Ni kalau hakak yang buat, double chese chin yang bersepah”

Sponsored

“Memang takde double chin langsung, ya Allah lawa”

“Dah lama tunggu diorang berlakon sekali akhirnya hihihi”

“Aku pening mana satu yang betul ni”