“Move on… tak payah ar nak gelabah nganjing2”- Lepas minta maaf Ismail Izzani masih dikecam

Sponsored

Nama penyanyi popular, Ismail Izzani sejak akhir-akhir ini cukup ‘panas’ menjadi sorotan ramai di media sosial selepas tularnya satu rakaman video seorang lelaki miripnya disebuah kelab malam. Video tersebut membuatkan Ismail Izzani tidak henti-henti menerima kecaman oleh peminat dan warganet.

Selepas beberapa hari Ismail Izzani tidak mengeluarkan kenyataan rasmi tentang isu tersebut, dia bagaimanapun telah mengeluarkan kenyataan yang mana dia juga memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan.

Sponsored

Ismail Izzani akui kesilapan

Meskipun begitu, nampaknya hantaran terbaru Ismail Izzani yang dilihat dia seperti sedang bercuti masih sahaja menerima kecaman dan komen sindiran kepada dirinya diruangan komen. Ismail Izzani bagaimanapun tidak membalas komen-komen sedemikian.

Sponsored

Namun begitu, tindakan individu berkenaan mengundang warganet juga meminta agar move on apatah lagi penyanyi berusia 22 tahun ini sudah mengakui kesilapan dan dalam pada itu, kebanyakannya juga menyelar komen kecaman yang sehingga kini masih berlarutan.

Masih terima kecaman

Sponsored

Menerusi ruangan komen di hantaran Ismail Izzani itu, ada yang meminta agar membiarkan Ismail Izzani disamping menasihati segelintir individu yang masih mengecam tindakan penyanyi berkenaan.

‘Dah dahla korang tu, dia pun manusia’

Ismail Izzani

‘Komen dalam ni terpaling baik di dunia…’

Ismail Izzani

‘Kita pun tak tahu pengakhiran kita macam mana. Baik atau buruk. Lebih baik diam dan mendoakan sahaja’

Sumber: Harian Metro, Instagram Ismail Izzani