“My wife”- Video & foto kahwin akhirnya dapat komen di ‘IG’ Syifa Melvin, netizen usik Safawi

Sponsored

Pada Isnin lalu teka-teki mengenai pasangan sama cantik, sama padan iaitu pempengaruh dan usahawan Syifa Melvin dan Safawi Rasid yang merupakan seorang pemain bola sepak terkenal terjawab apabila mereka dengan sekali lafaz menjadi pasangan suami dan isteri.

Selepas beberapa hari berlalu, tentu sahaja Syifa Melvin mahupun Safawi Rasid yang mana kedua-duanya mempunyai akaun Instagram (IG) yang diikuti ramai pengikut dikongsikan momen mereka di hari penikahan. Dengan pantas kedua-duanya dihujani pelbagai ucapan tahniah daripada rakan selebriti mahupun peminat

Sponsored

Kongsi momen di Instagram

Meskipun begitu, pasangan ini yang sering menjadi sorotan ramai nampaknya diusik oleh warganet apabila dalam satu muat naik Syifa Melvin di ruangan Instagram peribadinya menarik perhatian suami, Safawi Rasid. Jika dahulu dirinya dilihat menekan tanda suka, namun akhirnya dia dapat meninggalkan komen di ruangan Instagram isterinya.

Sponsored

“Tiada yang lebih baik, tiada yang lebih cantik melainkan redhaMu, kami bersatu dalam restu,” ujar Syifa Melvin lalu ditinggalkan komen oleh Safawi Rasid dengan memanggilnya sebagai isteri.

Komen ‘my wife’ terima usikan peminat

Sponsored
Safawi

Nampaknya komen ditinggalkan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menerima usikan peminat dan selain posting Syifa Melvin, Safawi Rasid juga memuat naik satu rakaman video sepanjang penikahan mereka yang berlangsung di Hotel Hilton, Petaling Jaya baru-baru ini.

SumberInstagram