Nabila Huda Kongsi Makan Dengan Kucing Terima Pelbagai Reaksi, “Hanya Pecinta Kucing Je…”

Sponsored

Haiwan seperti kucing sememangnya biasa ditemui dan menjadi antara yang agak rapat dengan manusia. Ini kerana fizikalnya yang comel dan sifatnya yang agak jinak menjadikan haiwan ini antara pilihan ramai untuk dipelihara.

Bagaimanapun, perkongsian oleh seorang pelakon dikenali dengan nama Nabila Huda baru-baru ini telah meraih perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut dilihat Nabila Huda sedang menjamah semangkuk bijirin bersama susu.

Sponsored

Namun kelihatan kucing peliharaannya turut sertai sesi makan pelakon tersebut. Lebih menjadi perhatian kerana Nabila Huda kongsi makan dengan kucing dari mangkuk yang sama.

Berikut adalah perkongsian rakaman Nabila Huda kongsi makan dengan kucing dari mangkuk sama yang dimuat naik di TikTok milik pelakon ini:

Sponsored

Gelagat selamba Nabila Huda yang tidak kisah berkongsi makanan dari mangkuk sama dengan kucingnya ini telah menerima pelbagai reaksi warganet. Malah muat naik ini juga meraih hampir sejuta tontonan.

Meninjau di ruangan komen, segelintir netizen geli untuk berkongsikan bekas makanan dengan kucing disebabkan habit dan sifat haiwan ini. Malah ada juga yang akui senang melihatnya. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen ini:

Sponsored

“Tak dapek share dohh..Macam2 dah dia gonggong mulut tu”

“Haiwan peliharaan nabi. InsyaAllah dia kaan panggil kita untuk bersama di Syurga nanti”

“Aku dulu ok je share makanan dengan kucing, lepas aku nampak kucing aku gonggong cicak dalam mulut dia terus aku teringat2”

“Kucing aku mulut bau nauzubillah, nak sharing caring pun kembang tekak hahaha”